Percintaan di tempat kerja adalah salah satu trope paling popular dalam K-Drama. Ada sesuatu yang menarik tentang dua orang yang bermula sebagai rakan sekerja, lalu perlahan-lahan jatuh cinta. Berikut adalah 7 drama terbaik dengan tema workplace romance yang wajib anda tonton!
1. Business Proposal (2022)
Shin Ha Ri (Kim Se Jeong) pergi ke blind date menggantikan rakannya, tetapi pasangannya ternyata adalah CEO syarikat tempat dia bekerja, Kang Tae Moo (Ahn Hyo Seop). Drama komedi romantik ini penuh dengan situasi kelakar dan momen manis yang pasti buat anda tersenyum dari awal hingga akhir.
2. What’s Wrong With Secretary Kim (2018)
Drama klasik yang menceritakan kisah VP narsistik Lee Young Joon (Park Seo Joon) yang panik apabila setiausaha setia beliau, Kim Mi So (Park Min Young), mengumumkan hasrat untuk berhenti kerja. Chemistry antara kedua-dua pelakon utama sangat luar biasa.
3. Start-Up (2020)
Berlatar belakangkan dunia teknologi dan startup di Sandbox, drama ini menampilkan Seo Dal Mi (Bae Suzy) yang bermimpi untuk menjadi usahawan berjaya. Dengan Nam Do San (Nam Joo Hyuk) di sisinya, mereka berjuang untuk merealisasikan impian sambil menemui cinta.
Senarai ini hanyalah permulaan โ dunia K-Drama mempunyai banyak lagi drama workplace romance yang menunggu untuk diterokai. Yang mana satu kegemaran anda?



